Monday 8 July 2013

:: Patah Hati ::

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya...

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya...

Patah hati......
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati

Patah hati......
Jangan leburkan diri
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang...

Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang...


buatmu hati,
Sekiranya cintamu itu benar...tentulah kamu mentaati-Nya, tentulah kamu mematuhi segala perintah-Nya kerana seseorang itu mudah mentaati orang yang dicintainya...jangan lebihkan cintamu kepada insan yang sementara berbanding cinta setia Pencipta yang Maha Esa"

Ujian ini sekadar peringatan buatmu hati yang semakin jauh melupakan pecinta setiamu...Dia merindukan rintihan mu...dia ingin dirimu kembali mengingati-Nya..dan Dia ingin kamu tahu yang Dia lah paling dekat denganmu...

Yakinlah wahai hati, Dia sediakan yang baik untukmu...sabarlah...andai masih juga tiada untukmu pasti ada yang Dia rencanakan untukmu...dekatilah Allah yang sentiasa sayangkan mu, pasti Allah sediakan orang yang menyayangimu dan Dia...

Sedarkah hati, sebelum ini semua yang kau minta Allah berikan..tetapi apa yang Allah minta ada kau berikan? 
Janji Allah itu pasti wahai hati...tapi adakah kau menunaikan janji mu kepada Allah? Renungkan kenapa kau begini...

Tidak kah kau sedar bahawa Allah sangat rindukan mu?
Tidak kah kau terfikir yang Allah sangat sayangkan mu?
Bangunlah hati...kembali pada Allah yang sangat setia cintakanmu...