Monday 30 January 2012

:: Praktikum ::


habis cuti aku mengadap semua benda-benda alah nie..macam-macam jadi...tu belum masuk soft board yang tak tau laa nak buat apa lagi lepas nie...

ingat senang je nak praktikum nie...tapi rupanya-rupanya banyak kena buat...tu laa masa ada dulu ambil lewa je....hahahaha karma~(sambil layan AJL 26)

rasanya nak menulis rancangan pengajaran harian lepas ni baru laa merasa sakitnya...nak mikirkan set induksi...adess terngadah laa kawe weh....huhuhu

haa nie laa antara situasi dimana port aku menghadap dan memprint segala apa ntah...

tu dia....penuh meja...tak cukup satu meja..atas printer pun penuh..hahaha

selesai make over aku punya fail persediaan mengajar dan portfolio praktikum....berpinor mata aku...:)

here is it....aku punya simple portfolio fail @_@

aku miss simple...macam tu laa jugak aku punya fail persediaan mengajar ^__^


time nie aku tak tulis lagi rancangan persediaan mengajar harian sebab yang dah siap kat sekolah..nak tulis takut nanti tak tally...(alasan baik der...huhu)

Saturday 28 January 2012

:: Ayat Kursi ::

:


Ayat Kursi ( surah al-Baqara ayat 255)


Dibaca ketika :


> hendak keluar : 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi...


> hendak masuk rumah : kemiskinan tidak mengikut kamu masuk ke dalam rumah...


> selesai berwudhuk : darjatmu akan diangkat 70 tingkat...


> hendak tidur : malaikat memelihara kamu dari saat mata terpejam hingga ke pagi...


> setelah selesai solat : maka jarak kamu ke syurga hanyalah kematian...






Wednesday 18 January 2012

Lagu Tema HIMPUN - Selamatkan Akidah [HD]



Ayuh kita bersama satu hati suara..
Meluahkan rasa gundah dijiwa..
Gejala melanda aqidah umat dicabar..
Marilah kita pertahankannya...

Bersatu suara dan satu usahan..
Berganding tangan menggapai cita..
Tiada mustahil jika umatnya terus bersama..
Dengan keizinan Allah yang Maha Esa...

Andainya warga bersatu kan gentar seteru..
Angin sengketa pun takkan mampu bertiup..
Keimanan yang utuh..tidakkan mudah runtuh..
Biarpun dihasut musuh-musuh agama

Mantap aqidah..kukuh agama..
Perkasa ummah..teguh agama..
Tak kira warna kulit dan bangsa..
Erti bersaudara...

Marilah kita bersama zahirkan rasa keprihatinan..
Dalam usaha selamatkan aqidah umat...

Lagu : Isman Hijjaz
Lirik : Atie

:: Cinta ::

Cinta adalah kekuatan yang mampu;
   mengubah duri menjadi mawar,
   mengubah cuka menjadi anggur,
   mengubah sedih menjadi riang,
   mengubah sendu menjadi tawa,
   mengubah musibah menjadi muhibbah...
Ini kerna cinta adalah penawar dan rasa yang paling indah dari Allah....

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membentuk kita agar selalu kuat semangat kerana pengalaman dalam lukanya bercinta membentuk diri kita yang baru...pernahkah anda berfikir,walaupun sekali anda putus cinta..luka kerana cinta tetapi dalam tak sedar anda memulihkan diri dan bangun dengan sendiri kerana ujian cinta itu menjadi kekuatan untuk anda...


Pernahkah anda berfikir bahawasanya cinta menyapa sesiapa saja...secara ringkasnya kita nilai cinta Nabi Adam dan Hawa yang dikurniakan Allah..Walau bertahun berpisah bila bertemu kemabali cinta lama tak mustahil lagi cinta itu hadir menyapa lagi...kalau dilihat sendiri banyak kisah cinta tercoret..banyak warna warninya...memanga indah walaupun ada warna hitam dipalit.

Dari saat kita didalam perut ibu lagi rasa cinta disemai...Allah berpesan kepada si anak andai dia melihat dunia nanti,sayangi dan cintailah ibu mu...Saat keluar dari rahim,berada dalam pelukan ibu sudah terasa hangatnya kasih cinta si ibu...Ayah datang mengalun azan,terasa cintanya ayah pada zuriatnya...Cinta tak mengenal siapa.

Saat membesar...melihat itu melihat ini...semua kemahuan dituruti ibu bapa dengan penuh ikhlas hati agar si anak gembira...Cintanya ibu bapa teradap anak tak mengira jerih perih berusaha mencari rezeki agar sianak besar sempurna...Cinta tak mengenal apa...

Kalau direnung lautan luas,mengarang lembaran cinta dengan berdakwatkan air laut manakan habis ceritera cinta. Lembaran yang penuh cerita yang takkan habis kerna cinta terbesar dan selamanya adalah cinta kita kepada Allah s.w.t...