Thursday 29 September 2011

:: Ceritera Cinta ::

Ramai yang sudah tahu cerita ini rasanya... ::

> dalam mengenal cinta sejati kadang-kadang kita sendiri buta hati walaupun kita celik mata 

Seorang lelaki buta ditanya teman wanitanya...''Bilakah kamu akan berkahwin dengan ku? ''. Jawab lelaki tersebut menjawab,"Setelah aku dapat melihat nanti'' walaupaun lelaki tersebut buta tetapi wanita tersebut tetap setia menyayanginya...


tidak lama kemudian lelaki itu mendapat penderma untuk matanya. Saat dia membuka matanya dia terlihat teman wanitanya disisi. Alangkah terkejutnya dia bila melihat bahawa teman wanitanya itu juga buta. Sekali lagi wanita itu bertanya,"Adakah kamu akan mengahwiniku?'' Lelaki itu pantas menggeleng dan menolak. Wanita itu berlalu dan berkata, " Jagalah mata ku itu..itu tanda aku benar-benar cinta kamu..."


Makanya wahai lelaki diluar sana...jangan mudah menolak cinta lama kamu seandainya kamu mendapat nikmat baru...hargai la cinta si wanita yang tulus setia disisi kamu walau susah mahupun senang..Memang kita wajar memilih namun kita juga harus prihatin menjaga teman susah kita..Siapa kita kalau tiada mereka disisi..

Kisah nostalgia lalu ku ukir di batu agar ia tidak hilang,
Lakaran duka kita ku karangkan dipasir agar hilang ditiup angin,
Dengarkan karangan hatiku ini,


Adakah seorang insan yang mengerti,
apakah erti kehidupan, ku cari cinta sejati,
namun yang kutemi hanyalah sebuah mimpi,
apakah salah hati ini,
apalah arti semua ini,
sudah banyak hari kujalani,
tanpa tujuan yang pasti seakan semua ini hanya ilusi,
namun ku pasti hanya Tuhan yang mengerti..

Monday 26 September 2011

:: Hati ku... ::

dah lama tak tulis entry...bukan sebab apa cuti 2 hari nie ada saja open house...tQ kepada kak Minarni sebab buat open house...sedap dapat makan gado-gado dan soto...tak lupa jugak k.tini yang buat birthday party si chomel Irdina Qaleesha..sedap tu butter prawn...hihi tapi sebab tak berapa sihat makanya selera makan pun kurang..kalau tak mesti dah melantak..huhu terbayang-bayang....

hurm memandangkan diri ini masih dalam keadaan yang kurang sihat,makanya aku inginkan rehat..haha Nak rehat kat mana laa nie?? rehat kat umah laa mana lagi...ada laa sembang bagitau pada kawan rapat disini bahwasanya aku demam lagi...makanya dia pun membuat kesimpulan yang aku nie tidak selesa dengan cuaca sabah...huwaa memang pun..nak balik kedah laa...hahahaha

nak kata home sick takkan laa...adoi nak kena blik laa camni nie...tapi mana ada cuti dah..bru je balik ari tu...huhuhu Nak tunggu raya haji kena laa bajet duit nie..hadoi...

mood rindu kat rumah nie..hahaha

makan ubat sampai nak abis dah tapi tak juga sembuh...Allah sayangkan aku nie..tu yang ujian tak berhenti timpa aku nie...hurm tak pun ujian sebab aku terlalu gembira kot dengan keseronokan dunia..jadi Allah bagi laa aku peringatan macam nie..sabaq naa...huhuhu


p/s : rindu sookmo

Friday 23 September 2011

:: Bini Biniku Gangster ::

selamat malam...

hihi baru selesai menonton filem "Bini-biniku Gengster" dengan kawan-kawan...pergh citer best nie..tak rugi pun tengok...hiburan yang ringan dan santai...memang pecah perut tengok..tapi mujur perut aku tak pecah...hihi


Filem nie kira sambungan filem KONGSI la..ingat tak Temulak?? haa dalam filem nie hero dia si Temulak laa tu tapi bila dah kawen tukaQ jadi Hery..Hery nie kawin dengan Manja...Manja seorang anak kepada ahli kongsi gelap...konon nak satukan puak2 gengster maka terjadilah perkahwinan diaorg...


Manja a.k.a Kak Yong nie ketua gengster tapi amatlah sayangkan suaminya si Hery nie..ada sorang mamat nie dengki habis ngan Heri nie telah berjaya mengantoikan Hery yang kononnya ada cintan belakang dari Manja dengan Riayana...Riyana nie staff baru syarikat Hery dan bertugas sebagai setiausaha Heri...Manja nie dengan senang hati meminta laa Riyana ni kawen ngan Hery..


Bermulalah disini...Kak Yong nie tak tahu pun yang Riyana ni pun gengster jugak..Riyana memang dah plan nak musnahkan Kak Yong sebab Kak Yong dan lumpuhkan abangnya,Min Siam...jadi Riyana nie nak balas dendam laa...haa mula laa perang antara Kak Yong dan Riyana nie...


the best dialog is "Suami didahulukan,Pencapaian diutamakan" hahahaha



Lu Langsi....Wa kawin lagi...:)

dah tamat cerita nie...semua audiens bagi big clap...TAHNIAH !!!

Thursday 22 September 2011

:: Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan ::


I'm proud to be Belia...I'm Malaysian !!

aku suka lagu nie sebab semangat belia kowt.....hihi Kerana belia laa Malaysia makin bertambah maju...bangga kerana menjadi salah seorang belia masa kini....

Wednesday 21 September 2011

:: Coretan Rindu :::


saya sayang kawan-kawanku...susah senang berada di negeri orang sedikit sebnyak ringan bebannya dengan adanya k.yaya n k.dizah...tak lupa jugak pada k.tinie yang slalu memperingatkan dan menasihati diriku yang slalu dan mudah lupa ini..
pada kawan-kawan ketika di maktab terutamanya fatihah dan zatil amani...sayang kamu...walaupun kita kena posting jauh-jauh tapi kita tetap bersama dalam hati....(erk....macam lebih jiwang je...) tak lupa pada semua kawan-kawan yang jauh n dekat yang selalu bersama...
paling dirindui masturina,atiqah,nad,angah,ayang...semua kawan di utara tanah air...windu korang....huhuhu

paling amat dirindui dan selalu dalam hati ialah my FAMILY laa...mak ayah,adik dan sedara mara...huhu walaupun jarang-jarang k.li nie bersembang berkongsi apa yang jadi tapi k.li tak pernah lupakan family...sentiasa beringat family takut memalukan nama keluarga..InshaAllah akan terus dijaga...
semoga semuanya lancar buatku berada di perantauan ini...jatuh bangunnyya diriku kini adalah atas diri sendiri sebab sekarang sendiri menyendiri..huhu 

Tuesday 20 September 2011

:: Secalit Kenangan ::


Aku cuma insan biasa. Rutin hidupku seperti orang lain,aku ada tanggung jawab sebagai pelajar, dan anak. Pergi kelas, balik kelas. Seminggu sekali atau dua, aku akan pulang menjenguk ibu dan ayahku. Dalam kesibukan aku menjalani kehidupan seharian, ada hamba Allah bertanya..
"hang bila nak kawin?".. Memang,ibu dan ayahku juga bertanyakan soalan yang serupa.

Sesiapa yang berperasaan pasti berkeinginan untuk berkahwin apabila bertemu dengan orang memenuhi ciri2-ciri yg mereka mahukan.

Aku juga seperti itu, ingin disayangi, ingin seseorang mengambil berat tentang diri aku. Tapi,pengalaman bercinta dahulu sudah banyak mengajar aku. Aku pernah dikecewakan beberapa kali.. pelbagai ujian yang aku kena tempuhi. Bila dah bertemu dengan pilihan hati,keluarga pulak menjadi penghalang..

Tapi apalah daya aku.. memang aku tidak mampu untuk memenuhi apa yang keluarga dia minta,dan mungkin juga bukan jodoh aku...Sehinggalah aku bertemu dengan N (bukan nama sebenar). Dia adalah rakan sekelas aku. Sudah agak lama aku perhatikan dia,dia memiliki 'sesuatu' yg aku sendiri tidak tahu apa bendanya..kadang2 aku bertanya pada diri aku,adakah aku betul2 sukakan dia,atau mungkin aku cuma suka perhatikan dia. berkali2 hati aku berdetik.."betulkah dia ni.....?"

Suatu hari,aku cuba add dia sebagai rakan FB, dan dia terima. hati aku berbunga2...waaahhhh.. ada respons ni.. Aku memulakan perkenalan..sembang kosong..ternyata dia berhadapan dengan masalah. Aku cuba pujuk dia "mungkin ini ujian Allah untuk kamu".. dan perhubungan kami berlanjutan sehingga 1 minggu.
Kebetulan, sebelum dia pulang ke kampung sempena cuti mid-sem,dia dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sekolahnya. Dia bertanya kepada aku plan ke rumah kawannya,aku pun bagitau la jalan nak pergi,dalam pada tu aku bergurau "jom pi rumah saya,jumpa famili saya" secara tiba2 dia terus bersetuju..aku pun terkejut.. hati aku bercakap "nampaknya dia betul2 serius kawan dengan aku ni".. so,aku pun merancang untuk meminjam kereta ibu aku (x mampu nk beli kereta lagi..huhu). Dan bermula la perkenalan dia dengan ibuku..waa...rancak depa sembang...habis rahsia2 aku dia korek,mak aku pulak suka menyembang,x lokek bercerita.. Dan kami pun seperti kebiasaan orang bercinta,cuma kami bataskan sikit..tak mau lebih2..berlanjutan la sehingga nak masuk minggu yang ke-4..

Selepas balik dari kelas,petang dah waktu tu,dia mesej aku.....

dia - "bagi masa sebulan kat saya,banyak benda dok pikiaq lani",
aku - "aik? awat ni? ada masalah ka? awat tetiba ja?"
dia - "ntah la..kena pikiaq 2 orang laani...ada naluri kat seorang lg,gerak hati saya cakap camtu,saya tak nak mainkan sapa2"
aku - "saya ada buat salah ka? kalau ada,saya minta maaf sangat2"
dia - "saya minta maaf,bagi saya masa sebulan k.."
aku - "orait.."

aku pun tak mau cakap banyak,tak mau bagi dia serabut,aku pun bagi la dia masa untuk pikiaq betui2.. 2 hari lepas tu aku msj dia..

aku - "sebab apa awak terima saya sebelum ni? awak nak mainkan saya ka?"
dia - "tak..bukan camtu...cuma hubungan kita ni tak kukuh...lagipn,soal nak kawin ni bukan perkara main2"

......hati aku hancur...selepas tu aku mintak dia lepaskan aku untuk kebahagiaan dia,dan dia bersetuju.. Ya Allah..bagaikan berdentum halililntar di langit...hati aku hancur,walaupun zahirnya aku nampak seperti biasa,ya..aku masih pergi ke kelas,aku masih melihat dia,aku masih memikirkan dia..cuba bayangkan...tapi aku berpura2 seolah2 kekecewaaan aku terhadap apa yg dia dah lakukan telah hilang.. semakin hari luka itu semakin parah..aku sudah tidak punya kekuatan...aku sudah membayangkan hidup aku sudah musnah.... tapi...

mujur waktu itu seolah2 aku terdengar suara mengatakan bahawa apa gunanya aku menyeksa hati aku,sedangkan dia sudah ada orang lain.. Perlahan-lahan aku cuba bangkit dari kekecewaaan aku yg entah sudah berapa kali.. kadang2 aku merasakan aku dh serik disakiti...cukuplah setakat ni...biarlah aku mencari ketenangan aku sendiri... aku sudah lali mendengar orang mencemuh aku kerana tawakkal dan pengharapan aku pada Allah... walaupun aku tidak berduit, harta yg aku ada cuma sekadar cukup untuk hidup...

aku masih punya kekuatan utk hidup kerana aku masih ada keluarga yg tidak putus mendoakan aku...
aku masih punya kawan2 yg sudi menghulurkan bantuan....
dan aku masih ada Allah sebagai Peneman aku............

Terima kasih Ya Allah...UjianMu membuatkan aku lebih kuat..ujianMu membuatkan aku terasa manisnya berada di dalam Kasih SayangMu....
aku sangat2 bersyukur kerana aku masih ada Allah sebagai Tuhanku..........

p/s : ceritera seorang teman

:: Percaya Pada Luka ::


Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata
Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita
Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu