Sunday 6 October 2013

:: Doa Usaha Ikhtiar Tawakal ::

Alhamdulillah tahun ini saya terlah berjaya mendapat lantikan tetap sebagai seorang pendidik..tapi sejujurnya kerja makan gaji memang bukan minat saya..sebab makan gaji ni sampai tengah bulan je habis dan tak cukup mana pun nak buat saving...senang cakap, TAK CUKUP!! Maka,atas "terpaksa" saya terpaksa meminati bidang makan gaji ini...

Kerana tiada minat...saya melakukan kerja dalam keterpaksaan..hasilnya saya menjadi seorang  pekerja yang kurang baik di institusi saya dan memberikan masalah kepada team work. Makan gaji takkan menjadikan kita kaya..orang yang kaya adalah mereka yang berniaga..

Sesiapa pun bila ditanya pasti menjawab ingin buka perniagaan suatu hari nanti..sekarang pun ramai guru berniaga di sekolah walaupun sudah diberi pesan agar tidak melakukan sebarang urus niaga dibilik guru..tapi apa kan daya,desakan kehidupan dalam membangunkan negara maju agaknya...semua nak berniaga...kalau boleh setiap orang mahukan perniagaan sendiri yang 100% milik sendiri...

Tapi kenapa kita perlu bertangguh untuk memulakan perniagaan???
>> modal pendahuluan tak cukup
>> belanja sewa tapak tak ada
>> perancangan perniagaan masih lemah
>> perlu banyak rancangan pembaikan (renovation untuk tarik minat pelanggan)
>> perancangan hebahan dan promosi
>> risiko kerugian
>> persediaan modal pusingan tiada
>> komitmen masa dan tenaga

kerana alasan diatas ramai antara kita memilih untuk makan gaji kononnya ingin menyediakan simpanan untuk berniaga selepas bersara...tapi sedarkah kita akan mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan perniagaan tersebut..dan sekiranya perniagaan yang ingin dibuka itu sudah tidak sesuai dengan trend kehidupan pada masa itu,kita perlu merancang perniagaan baru..
((Sekiranya ada yang terbaca penulisan saya kali ini bolehlah menghubungi saya untuk berkongsi perniagaan...sama-sama menguruskan perniagaan sendiri..InshaAllah))

Jangan menjadi batu ditepi pantai yang dihempas ombak...kerana asyik dihempas ombak, batu itu akan terhakis..jangan terlalu selesa dengan kehidupan sekarang kerana masa hadapan lagi hebat desakan keperluan hidup..buka mata anda seluasnya melihat pembangunan depan mata...masa hadapan adakah anda ingin menjadi rakyat yang melihat kemajuan negara atau rakyat yang menikmati kemajuan negara?? Pilih sekarang!!

p/s : masa hadapan kita dilukis hari ini..hasilnya bermula dengan usaha sekarang...