Sunday 6 October 2013

:: Doa Usaha Ikhtiar Tawakal ::

Alhamdulillah tahun ini saya terlah berjaya mendapat lantikan tetap sebagai seorang pendidik..tapi sejujurnya kerja makan gaji memang bukan minat saya..sebab makan gaji ni sampai tengah bulan je habis dan tak cukup mana pun nak buat saving...senang cakap, TAK CUKUP!! Maka,atas "terpaksa" saya terpaksa meminati bidang makan gaji ini...

Kerana tiada minat...saya melakukan kerja dalam keterpaksaan..hasilnya saya menjadi seorang  pekerja yang kurang baik di institusi saya dan memberikan masalah kepada team work. Makan gaji takkan menjadikan kita kaya..orang yang kaya adalah mereka yang berniaga..

Sesiapa pun bila ditanya pasti menjawab ingin buka perniagaan suatu hari nanti..sekarang pun ramai guru berniaga di sekolah walaupun sudah diberi pesan agar tidak melakukan sebarang urus niaga dibilik guru..tapi apa kan daya,desakan kehidupan dalam membangunkan negara maju agaknya...semua nak berniaga...kalau boleh setiap orang mahukan perniagaan sendiri yang 100% milik sendiri...

Tapi kenapa kita perlu bertangguh untuk memulakan perniagaan???
>> modal pendahuluan tak cukup
>> belanja sewa tapak tak ada
>> perancangan perniagaan masih lemah
>> perlu banyak rancangan pembaikan (renovation untuk tarik minat pelanggan)
>> perancangan hebahan dan promosi
>> risiko kerugian
>> persediaan modal pusingan tiada
>> komitmen masa dan tenaga

kerana alasan diatas ramai antara kita memilih untuk makan gaji kononnya ingin menyediakan simpanan untuk berniaga selepas bersara...tapi sedarkah kita akan mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan perniagaan tersebut..dan sekiranya perniagaan yang ingin dibuka itu sudah tidak sesuai dengan trend kehidupan pada masa itu,kita perlu merancang perniagaan baru..
((Sekiranya ada yang terbaca penulisan saya kali ini bolehlah menghubungi saya untuk berkongsi perniagaan...sama-sama menguruskan perniagaan sendiri..InshaAllah))

Jangan menjadi batu ditepi pantai yang dihempas ombak...kerana asyik dihempas ombak, batu itu akan terhakis..jangan terlalu selesa dengan kehidupan sekarang kerana masa hadapan lagi hebat desakan keperluan hidup..buka mata anda seluasnya melihat pembangunan depan mata...masa hadapan adakah anda ingin menjadi rakyat yang melihat kemajuan negara atau rakyat yang menikmati kemajuan negara?? Pilih sekarang!!

p/s : masa hadapan kita dilukis hari ini..hasilnya bermula dengan usaha sekarang...

Sunday 8 September 2013

:: New Life!! ::

pergh...Lama giler rasanya tak menulis blog...Apa ke yang den buek sampei tam sempat update blog ni tak tahu la...ini laa agaknya apa yang dikatakan kalau kerja memang tak pernah habis tu kot...realiti kehidupan yang menuntut manusia sentiasa sibuk..
(tapi jangan lupa sibukkan diri dengan Nya k..)

Apa yang telah dipelajari seminggu dua ini adalah kehidupan kita tak pernak bebas dari penjajahan... 31 Ogos 1957 Malaya telah bebas merdeka dari cengkaman.. Malaysiaku kini aman maksmur bahagia...Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kita berjaya bebaskan diri....

Sebelum itu kita merayakan Aidil Fitri tanda kemenangan menahan diri dari lapar dan nafsu di bulan Ramadhan... Setelah sebulan berusaha mengejar pahala menambahkan amalan seharian.. Dari tidak pernah berzikir, bertahmid, bertahli dan bertadarus, kita melatih diri melakukan semua amalan tersebut... Dari bersolat yang ada lubang sana sini kita beruasaha agar solat fardhu penuh seharian ditambah lagi dengan solat terawih setiap malam...

Dan sekarang, diri ini mula merancang semula apa yang baik untuk diri setelah jatuh dari kelukaan yang dalam... Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan terus aku istiqamah agar menjadi lebih baik..


p/s : Plan...to be a better person to all that loved me !!

Monday 8 July 2013

:: Patah Hati ::

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Rupa hilang seri
Manakah manisnya...

Kau tidak seperti dulu
Yang ku kenali dulu
Madah tak berlagu
Manakah girangnya...

Patah hati......
Jangan terdampar sepi
Jangan tersungkur mati

Patah hati......
Jangan leburkan diri
Jangan memakan diri

Bukankah Tuhan ciptakan malam
Untuk beradu menanti siang...

Bukankah Tuhan titiskan hujan
Menanti limpah kemarau panjang...


buatmu hati,
Sekiranya cintamu itu benar...tentulah kamu mentaati-Nya, tentulah kamu mematuhi segala perintah-Nya kerana seseorang itu mudah mentaati orang yang dicintainya...jangan lebihkan cintamu kepada insan yang sementara berbanding cinta setia Pencipta yang Maha Esa"

Ujian ini sekadar peringatan buatmu hati yang semakin jauh melupakan pecinta setiamu...Dia merindukan rintihan mu...dia ingin dirimu kembali mengingati-Nya..dan Dia ingin kamu tahu yang Dia lah paling dekat denganmu...

Yakinlah wahai hati, Dia sediakan yang baik untukmu...sabarlah...andai masih juga tiada untukmu pasti ada yang Dia rencanakan untukmu...dekatilah Allah yang sentiasa sayangkan mu, pasti Allah sediakan orang yang menyayangimu dan Dia...

Sedarkah hati, sebelum ini semua yang kau minta Allah berikan..tetapi apa yang Allah minta ada kau berikan? 
Janji Allah itu pasti wahai hati...tapi adakah kau menunaikan janji mu kepada Allah? Renungkan kenapa kau begini...

Tidak kah kau sedar bahawa Allah sangat rindukan mu?
Tidak kah kau terfikir yang Allah sangat sayangkan mu?
Bangunlah hati...kembali pada Allah yang sangat setia cintakanmu...

Saturday 8 June 2013

:: Ajari Aku Tuhan... ::

semua yang telah ku lakukan..
seolah tiada terkesan..
cita dan harap seakan sirna..
ku rasa semua telah sia-sia.....

semua yang telah ku korbankan..
seolah tiada terkesan..
rasa kecewa memang ada..
namun semua ku pasrah pada Mu.....

biar semua jadi kenangan..
ku jadikan sebagai gambaran..
hanya Kau yang berhak tentukan..

Tuhan.....
ajarkan aku untuk mengerti..
erti semua kehendak Mu..
hingga ku ikhlas tuk terima..
ku berharap pedih ku tak lebih cinta Mu
yang kan mengundang ampun Mu...
hapuskan semua dosa ku..

biar semua jadi kenangan..
ku jdikan sebagai gambaran..
hanya Kau yang berhak tentukan..

Tuhan..
ajarkan aku untuk mengerti..
erti semua kehendak Mu..
hingga ku ikhlas tuk terima..
ku berharap pedih ku tak lebih cinta Mu..
yang kan mnegundang ampun Mu..
hapuskan semua dosa ku..

hidup ini..indahnya hanya khayalan..
takkan pernah seindah satu..
pedih dalam kenyataan..

ku berharap pedih ku tak lebih cinta Mu..
yang kan mngundang ampun Mu..
hapuskan semua dosaku..

ajarkan aku..
ikhlas menerima.....




Tuesday 5 February 2013

MY LOVE - JongHyun CNBLUE




창밖에 비가 내리면 감춰둔 기억이 내 맘을 적시고
Jangbakke biga naerimyeon gamjwodeul gieokgi nae mameul jeoksigo
When the rain falls out the window, the hidden memories drench my heart
잊은 줄 알았던 사람 오히려 선명히 또 다시 떠올라
Ijeun jul alrassdeon saram ohiryeo seonmyeonghi ddo dasi ddeoolla
The person I thought I forgot clearly floats up in my head instead
내 사랑아 사랑아 그리운 나의 사랑아
Nae sarangah sarangah geuriun naeui sarangah
My love, my love, my love who I long for
목놓아 불러보지만 듣지도 못하는 사랑
moknoha bulleobojiman deutjido mothaneun sarang
My love, who I call out as loud as I can but can’t hear me
내 사랑아 사랑아 보고픈 나의 사랑아
Nae sarangah sarangah bogopeun naeui sarangah
My love, my love, my love that I miss
그대 이름만으로도 베인 듯 아픈 사랑아 내 사랑아
Geudae ireumaneurodo bein deut apeun sarangah nae sarangah
Just your name alone cuts me, my painful love, my love
창가에 어둠이 오면
Janggaye eodeumi omyeon
When the darkness comes out the window
숨겨 논 추억이 내 맘을 밝히네
sumgyeo non chueokgi nae mameul balkhine
The hidden memories light up my heart
내 사랑아 사랑아 그리운 나의 사랑아
Nae sarangah sarangah geuriun naeui sarangah
My love, my love, my love that I long for
목놓아 불러보지만 듣지도 못하는 사랑
moknoha bulleobojiman deutjido mothaneun sarang
My love, who I call out as loud as I can but can’t hear me
내 사랑아 사랑아 보고픈 나의 사랑아
Nae sarangah sarangah bogopeun naeui sarangah
My love, my love, my love who I miss
그대 이름만으로도 베인 듯 아픈 사랑아 내 사랑아
Geudae ireumaneurodo bein deut apeun sarangah nae sarangah
Just your name alone cuts me, my painful love, my love
우리 함께 웃음 지었던 순간
Uri hamkke useum jieotdeon sungan
The moments we laughed together
우리 함께 눈물 흘렸던 순간
uri hamkke nunmul heulryeotdeon sungan
The moments we shed tears together
이제 그만 보내지만
 ije geuman bonaejiman-
Now I let it go but-
내 사랑아 사랑아 고마운 나의 사랑아
Nae sarangah sarangah gomaun naeui sarangah
My love, my love,  love I am grateful for
내 전부 다 지운대도 가슴에 남겨질 사랑
nae jeonbu dasi undaedo gaseume namgyeojil sarang
My love, that stays even if I erase everything
내 사랑아 사랑아 소중한 나의 사랑아
Nae sarangah sarangah sojunghan naeui sarangah
My love, my love, my precious love
내 숨이 다 할 때까지 간직할 나의 사랑아 내 사랑아
nae sumi da hal ddaekaji ganjikhal naeui sarangah nae sarangah
will cherish you until my breath runs out, my love, my love
작곡 김재양 (Music : Kim Jae Yang)
작사 한성호 (Lyrics : Han Sung Ho)
편곡 김재양 (Arrangement : Kim Jae Yang)

Friday 18 January 2013

:: Pilihan ::



Allah telah kurniakan mata untuk manusia melihat...
Allah menciptakan telinga untuk manusia mendengar...
Allah menciptakan otak untuk manusia berfikir...


Sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat berkait rapat antara satu sama lain....bila melihat,lihat dengan mata hati, dengar kata hati dan sampaikan ia ke otak agar ia dapat diolah sewarasnya dengan betul...

Melebihkan Allah dari segalanya seakan kita menjadi hamba kepada harta...
Melebihkan material, nafsu, pangkat dan darjat akan menyandarkan diri sehingga lupakan Allah yang sememangnya memiliki segalanya...jangan kita menafikan keagungan-Nya dan kesempurnaan-Nya....

Takutlah kita pada dosa yang terhijab...yang tanpa kita sedari kita telah pun berada dalamnya....iyya nau'zubillah

Hai anak Adam...sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharapkan keampunan Ku, nescaya Aku ampuni dosa yang telah kamu buat....dan Aku tidak peduli. 
Hai anak Adam...andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon ampun, nescaya Aku ampunkan dan Aku tidak peduli...
Hai anak Adam...jika kamu menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, lalu kamu tidak pula menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu dengan Ampunan sepenuh bumi juga.....
 Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmizi
 Aku memilih untuk berpisah...ya berpisah...kerna banyak dosa yang perlu ku tanggung atas lalainya aku bercinta...bercinta kerana nafsu semata...penampilan menjadi keutamaan...betulkan niat...

Artikel dari laman www.iluvislam.com bertajuk "Nikmatnya perpisahan insan bercouple" banyak menyedarkan aku....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu...dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu...Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui..."                            Surah al-Baqarah / 216

Aku perlu kehilangan dia agar aku tidak kehilangan Dia iaitu Allah...hanya satu.

Aku perlu serahkan hatiku pada Allah...ku mohon agar Allah temukan hatiku dengan dia yang juga mencinta Allah...Kalau kita jaga hati dengan Allah,Allah akan hiaskan hati ini dengan cinta-Nya jua...semoga cinta yang bakal datang akan sentiasa mekar kerana sandarannta juga adalah Zat yang Maha Kekal....

"Ya Allah...kurnikan daku perasaan cinta kepada Mu. Dan cinta kepada orang yang mengasihi Mu. Dan apa sahaja yang membawa ku menghampiri cinta Mu. Jadikanlah rasa cintaMu itu lebih aku hargai dari air sejuk yang menghilangkan kehausan orang dahaga. Ya Allah. sesungguhnya aku memohon cintaMu, dan cinta orang yang mencintaMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu."                             Doa Nabi Daud
Apa sahaja yang dikurniakan Allah adalah nikmat...andaikata ujian ini nikmat, maka aku perlu bersyukur...kerana tanda Allah sayangkan Aku....Allah mahu aku kembali kepadanya...In sha Allah...aku perlu kuat melawan permintaan hati yang kadangkala dirajai nafsu.

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mencintai Allah,ikutilah daku...nescaya Allah akan mencinta kamu serta, mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah Allah Maha Penampun Maha Penyayang."      Ali-Imran / 31
Aku tidak boleh tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tidak cukup iaitu hanya dituturkan dalam kata. Aku perlu mencari cinta dengan redhaNya...Cinta yang sebenarnya ialah cinta Allah..cinta yang pernuh kepada kepatuhan apa yang disuruh Allah...jangan dekati lagi kemungkaran lalu. Aku perlu ikhlas mencintai seseorang...ikhlas cinta kerana Allah...

p/s : sakitnya aku kerana cinta hari ini kerana aku yakin Allah sediakan nikmat cinta yang akan datang..in sha Allah.