Friday 18 January 2013

:: Pilihan ::



Allah telah kurniakan mata untuk manusia melihat...
Allah menciptakan telinga untuk manusia mendengar...
Allah menciptakan otak untuk manusia berfikir...


Sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat berkait rapat antara satu sama lain....bila melihat,lihat dengan mata hati, dengar kata hati dan sampaikan ia ke otak agar ia dapat diolah sewarasnya dengan betul...

Melebihkan Allah dari segalanya seakan kita menjadi hamba kepada harta...
Melebihkan material, nafsu, pangkat dan darjat akan menyandarkan diri sehingga lupakan Allah yang sememangnya memiliki segalanya...jangan kita menafikan keagungan-Nya dan kesempurnaan-Nya....

Takutlah kita pada dosa yang terhijab...yang tanpa kita sedari kita telah pun berada dalamnya....iyya nau'zubillah

Hai anak Adam...sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharapkan keampunan Ku, nescaya Aku ampuni dosa yang telah kamu buat....dan Aku tidak peduli. 
Hai anak Adam...andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon ampun, nescaya Aku ampunkan dan Aku tidak peduli...
Hai anak Adam...jika kamu menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, lalu kamu tidak pula menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu dengan Ampunan sepenuh bumi juga.....
 Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmizi
 Aku memilih untuk berpisah...ya berpisah...kerna banyak dosa yang perlu ku tanggung atas lalainya aku bercinta...bercinta kerana nafsu semata...penampilan menjadi keutamaan...betulkan niat...

Artikel dari laman www.iluvislam.com bertajuk "Nikmatnya perpisahan insan bercouple" banyak menyedarkan aku....

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu...dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu...Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui..."                            Surah al-Baqarah / 216

Aku perlu kehilangan dia agar aku tidak kehilangan Dia iaitu Allah...hanya satu.

Aku perlu serahkan hatiku pada Allah...ku mohon agar Allah temukan hatiku dengan dia yang juga mencinta Allah...Kalau kita jaga hati dengan Allah,Allah akan hiaskan hati ini dengan cinta-Nya jua...semoga cinta yang bakal datang akan sentiasa mekar kerana sandarannta juga adalah Zat yang Maha Kekal....

"Ya Allah...kurnikan daku perasaan cinta kepada Mu. Dan cinta kepada orang yang mengasihi Mu. Dan apa sahaja yang membawa ku menghampiri cinta Mu. Jadikanlah rasa cintaMu itu lebih aku hargai dari air sejuk yang menghilangkan kehausan orang dahaga. Ya Allah. sesungguhnya aku memohon cintaMu, dan cinta orang yang mencintaMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu."                             Doa Nabi Daud
Apa sahaja yang dikurniakan Allah adalah nikmat...andaikata ujian ini nikmat, maka aku perlu bersyukur...kerana tanda Allah sayangkan Aku....Allah mahu aku kembali kepadanya...In sha Allah...aku perlu kuat melawan permintaan hati yang kadangkala dirajai nafsu.

"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mencintai Allah,ikutilah daku...nescaya Allah akan mencinta kamu serta, mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah Allah Maha Penampun Maha Penyayang."      Ali-Imran / 31
Aku tidak boleh tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tidak cukup iaitu hanya dituturkan dalam kata. Aku perlu mencari cinta dengan redhaNya...Cinta yang sebenarnya ialah cinta Allah..cinta yang pernuh kepada kepatuhan apa yang disuruh Allah...jangan dekati lagi kemungkaran lalu. Aku perlu ikhlas mencintai seseorang...ikhlas cinta kerana Allah...

p/s : sakitnya aku kerana cinta hari ini kerana aku yakin Allah sediakan nikmat cinta yang akan datang..in sha Allah.

No comments:

Post a Comment