Wednesday 18 January 2012

:: Cinta ::

Cinta adalah kekuatan yang mampu;
   mengubah duri menjadi mawar,
   mengubah cuka menjadi anggur,
   mengubah sedih menjadi riang,
   mengubah sendu menjadi tawa,
   mengubah musibah menjadi muhibbah...
Ini kerna cinta adalah penawar dan rasa yang paling indah dari Allah....

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membentuk kita agar selalu kuat semangat kerana pengalaman dalam lukanya bercinta membentuk diri kita yang baru...pernahkah anda berfikir,walaupun sekali anda putus cinta..luka kerana cinta tetapi dalam tak sedar anda memulihkan diri dan bangun dengan sendiri kerana ujian cinta itu menjadi kekuatan untuk anda...


Pernahkah anda berfikir bahawasanya cinta menyapa sesiapa saja...secara ringkasnya kita nilai cinta Nabi Adam dan Hawa yang dikurniakan Allah..Walau bertahun berpisah bila bertemu kemabali cinta lama tak mustahil lagi cinta itu hadir menyapa lagi...kalau dilihat sendiri banyak kisah cinta tercoret..banyak warna warninya...memanga indah walaupun ada warna hitam dipalit.

Dari saat kita didalam perut ibu lagi rasa cinta disemai...Allah berpesan kepada si anak andai dia melihat dunia nanti,sayangi dan cintailah ibu mu...Saat keluar dari rahim,berada dalam pelukan ibu sudah terasa hangatnya kasih cinta si ibu...Ayah datang mengalun azan,terasa cintanya ayah pada zuriatnya...Cinta tak mengenal siapa.

Saat membesar...melihat itu melihat ini...semua kemahuan dituruti ibu bapa dengan penuh ikhlas hati agar si anak gembira...Cintanya ibu bapa teradap anak tak mengira jerih perih berusaha mencari rezeki agar sianak besar sempurna...Cinta tak mengenal apa...

Kalau direnung lautan luas,mengarang lembaran cinta dengan berdakwatkan air laut manakan habis ceritera cinta. Lembaran yang penuh cerita yang takkan habis kerna cinta terbesar dan selamanya adalah cinta kita kepada Allah s.w.t...

No comments:

Post a Comment