Saturday, 19 May 2012

:: kerja dan bercakap tanpa henti ::

kerja banyak...cakap banyak....
kerja sikit...cakap banyak...
kerja sikit...cakap sikit...
kerja banyak...cakap sikit...

apa yang aku merepek nie?? aku bukan merungut pasal kerja k...tapi pasai peribadi ketika bekerja :)

Inilah yang menjadi gangguan hidup aku sekarang...KESIBUKKAN MENYIAPKAN KERJA...yer laa sekarang semua orang sibuk...yang disekolah guru-guru sibuk nak key-in markah murid, murid aku pulak sibuk nak berlatih kompang...(tahniah SKPK sebab jadi JOHAN peringkat Daerah), sibuk belajar memang tak pernah habis...yang masih pelatih macam aku nie sibuk dengan assignment lagi...semua orang disekeliling aku sibuk...senang cakap kalu tak pejam mata kerja takkan pernah habis...kerja tak pernah tinggalkan kita...tapi kita selalu tinggal kerja...betul tak??

aku dah beberapa hari sebenarnya sedar yang aku sering merungut bila aku buat kerja...bila aku merungut aku fikir balik, tak ikhlas ke apa yang aku dah buat? haa pernah tak korang berfikir macam aku fikir??

aku bukan laa baik sangat kalau nak bercakap banyak...tapi ini aku cakap tentang apa yang aku rasakan dan apa yang aku fikirkan...aku tengok balik diri aku nie...buat kerje banyak ke...cakap yang banyak??

yes...sebagai manusia kita selalu rancang nak buat yang terbaik..nak buat itu nak buat ini...tapi sedar tak dalam kita rancang tu kita mesti sebut "kalau" ataupun "nanti"...makna kata disini, kita mengharapkan kita akan buat semua tu dan make it real...tapi kita buat ke??

bila aku berfikir macam nie aku mula merancang untuk kurangkan bercakap, kalaupun aku inginkan sesuatu tu biar aku buat dulu dan cadangkan bersama kalau perlu...baru aku canangkan apa yang aku nak...huhuhu harap bolehlah jadi kenyataan apa yang aku fikirkan nie...

kalau nak bercakap banyak, biarlah sumbangkan idea yang dapat meningkatkan mutu kerja kita...sejak buat assignment nilai dan etika kerja penjawat awam ni banyak bagi aku kesedaran melakukan kerja dengan tanggungjawab dan berdedikasi...kalau boleh elakkan dari bangga diri dan riak...janganlah bercakap yang sia-sia...lagipun masa BIG dulu ada pensyarah aku cakap, manusia nie kalau bab cari yang salah laju je tapi kalau nak minta betulkan salah tak ada pun...paling penting biarlah kerja kita tu menyumbang kepada pembangunan Islam...kita diakhir zaman kan...

kenapa dengan ayat last tu?? dalam pepatah ada mengatakan "bila bekerja,kerjalah seperti kamu akan hidup selamanya didunia, dan bila beribadah, beribadahlah seakan-akan kamu akan mati esok hari" makanya ambillah nilai murni disini. Jadikan kerja kita satu ibadah agar Allah berkati rezeki halal kita..InshaAllah



p/s : biar kerja banyak...asal cakap kurang :)

No comments:

Post a Comment