Friday 23 September 2011

:: Bini Biniku Gangster ::

selamat malam...

hihi baru selesai menonton filem "Bini-biniku Gengster" dengan kawan-kawan...pergh citer best nie..tak rugi pun tengok...hiburan yang ringan dan santai...memang pecah perut tengok..tapi mujur perut aku tak pecah...hihi


Filem nie kira sambungan filem KONGSI la..ingat tak Temulak?? haa dalam filem nie hero dia si Temulak laa tu tapi bila dah kawen tukaQ jadi Hery..Hery nie kawin dengan Manja...Manja seorang anak kepada ahli kongsi gelap...konon nak satukan puak2 gengster maka terjadilah perkahwinan diaorg...


Manja a.k.a Kak Yong nie ketua gengster tapi amatlah sayangkan suaminya si Hery nie..ada sorang mamat nie dengki habis ngan Heri nie telah berjaya mengantoikan Hery yang kononnya ada cintan belakang dari Manja dengan Riayana...Riyana nie staff baru syarikat Hery dan bertugas sebagai setiausaha Heri...Manja nie dengan senang hati meminta laa Riyana ni kawen ngan Hery..


Bermulalah disini...Kak Yong nie tak tahu pun yang Riyana ni pun gengster jugak..Riyana memang dah plan nak musnahkan Kak Yong sebab Kak Yong dan lumpuhkan abangnya,Min Siam...jadi Riyana nie nak balas dendam laa...haa mula laa perang antara Kak Yong dan Riyana nie...


the best dialog is "Suami didahulukan,Pencapaian diutamakan" hahahaha



Lu Langsi....Wa kawin lagi...:)

dah tamat cerita nie...semua audiens bagi big clap...TAHNIAH !!!

No comments:

Post a Comment