Tuesday 20 September 2011

:: Secalit Kenangan ::


Aku cuma insan biasa. Rutin hidupku seperti orang lain,aku ada tanggung jawab sebagai pelajar, dan anak. Pergi kelas, balik kelas. Seminggu sekali atau dua, aku akan pulang menjenguk ibu dan ayahku. Dalam kesibukan aku menjalani kehidupan seharian, ada hamba Allah bertanya..
"hang bila nak kawin?".. Memang,ibu dan ayahku juga bertanyakan soalan yang serupa.

Sesiapa yang berperasaan pasti berkeinginan untuk berkahwin apabila bertemu dengan orang memenuhi ciri2-ciri yg mereka mahukan.

Aku juga seperti itu, ingin disayangi, ingin seseorang mengambil berat tentang diri aku. Tapi,pengalaman bercinta dahulu sudah banyak mengajar aku. Aku pernah dikecewakan beberapa kali.. pelbagai ujian yang aku kena tempuhi. Bila dah bertemu dengan pilihan hati,keluarga pulak menjadi penghalang..

Tapi apalah daya aku.. memang aku tidak mampu untuk memenuhi apa yang keluarga dia minta,dan mungkin juga bukan jodoh aku...Sehinggalah aku bertemu dengan N (bukan nama sebenar). Dia adalah rakan sekelas aku. Sudah agak lama aku perhatikan dia,dia memiliki 'sesuatu' yg aku sendiri tidak tahu apa bendanya..kadang2 aku bertanya pada diri aku,adakah aku betul2 sukakan dia,atau mungkin aku cuma suka perhatikan dia. berkali2 hati aku berdetik.."betulkah dia ni.....?"

Suatu hari,aku cuba add dia sebagai rakan FB, dan dia terima. hati aku berbunga2...waaahhhh.. ada respons ni.. Aku memulakan perkenalan..sembang kosong..ternyata dia berhadapan dengan masalah. Aku cuba pujuk dia "mungkin ini ujian Allah untuk kamu".. dan perhubungan kami berlanjutan sehingga 1 minggu.
Kebetulan, sebelum dia pulang ke kampung sempena cuti mid-sem,dia dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sekolahnya. Dia bertanya kepada aku plan ke rumah kawannya,aku pun bagitau la jalan nak pergi,dalam pada tu aku bergurau "jom pi rumah saya,jumpa famili saya" secara tiba2 dia terus bersetuju..aku pun terkejut.. hati aku bercakap "nampaknya dia betul2 serius kawan dengan aku ni".. so,aku pun merancang untuk meminjam kereta ibu aku (x mampu nk beli kereta lagi..huhu). Dan bermula la perkenalan dia dengan ibuku..waa...rancak depa sembang...habis rahsia2 aku dia korek,mak aku pulak suka menyembang,x lokek bercerita.. Dan kami pun seperti kebiasaan orang bercinta,cuma kami bataskan sikit..tak mau lebih2..berlanjutan la sehingga nak masuk minggu yang ke-4..

Selepas balik dari kelas,petang dah waktu tu,dia mesej aku.....

dia - "bagi masa sebulan kat saya,banyak benda dok pikiaq lani",
aku - "aik? awat ni? ada masalah ka? awat tetiba ja?"
dia - "ntah la..kena pikiaq 2 orang laani...ada naluri kat seorang lg,gerak hati saya cakap camtu,saya tak nak mainkan sapa2"
aku - "saya ada buat salah ka? kalau ada,saya minta maaf sangat2"
dia - "saya minta maaf,bagi saya masa sebulan k.."
aku - "orait.."

aku pun tak mau cakap banyak,tak mau bagi dia serabut,aku pun bagi la dia masa untuk pikiaq betui2.. 2 hari lepas tu aku msj dia..

aku - "sebab apa awak terima saya sebelum ni? awak nak mainkan saya ka?"
dia - "tak..bukan camtu...cuma hubungan kita ni tak kukuh...lagipn,soal nak kawin ni bukan perkara main2"

......hati aku hancur...selepas tu aku mintak dia lepaskan aku untuk kebahagiaan dia,dan dia bersetuju.. Ya Allah..bagaikan berdentum halililntar di langit...hati aku hancur,walaupun zahirnya aku nampak seperti biasa,ya..aku masih pergi ke kelas,aku masih melihat dia,aku masih memikirkan dia..cuba bayangkan...tapi aku berpura2 seolah2 kekecewaaan aku terhadap apa yg dia dah lakukan telah hilang.. semakin hari luka itu semakin parah..aku sudah tidak punya kekuatan...aku sudah membayangkan hidup aku sudah musnah.... tapi...

mujur waktu itu seolah2 aku terdengar suara mengatakan bahawa apa gunanya aku menyeksa hati aku,sedangkan dia sudah ada orang lain.. Perlahan-lahan aku cuba bangkit dari kekecewaaan aku yg entah sudah berapa kali.. kadang2 aku merasakan aku dh serik disakiti...cukuplah setakat ni...biarlah aku mencari ketenangan aku sendiri... aku sudah lali mendengar orang mencemuh aku kerana tawakkal dan pengharapan aku pada Allah... walaupun aku tidak berduit, harta yg aku ada cuma sekadar cukup untuk hidup...

aku masih punya kekuatan utk hidup kerana aku masih ada keluarga yg tidak putus mendoakan aku...
aku masih punya kawan2 yg sudi menghulurkan bantuan....
dan aku masih ada Allah sebagai Peneman aku............

Terima kasih Ya Allah...UjianMu membuatkan aku lebih kuat..ujianMu membuatkan aku terasa manisnya berada di dalam Kasih SayangMu....
aku sangat2 bersyukur kerana aku masih ada Allah sebagai Tuhanku..........

p/s : ceritera seorang teman

No comments:

Post a Comment