Wednesday 12 October 2011

:: Tanda-tanda jatuh cinta ::

"Dan segala sesuatu Kami jadikan berpasang-pasngan agar kamu sekalian berfikir." Adz-Azaariyat : 49
  • Sukar memejamkan mata - bak kata orang lama tidur tak lena. Kadangkala dalam tidur pun terfikirkan sidia. (^_^) sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. Bermimpi untuk bersama sidia.Membina masa depan bersamanya.
  • Perasaan sering berdebar. Menjadi tak keruan apabila bertemu. Selalu rasa ingin berjumpa dan teruja bila ada sebab untuk berjumpa.(^_^)
  • Suka bertanya khabar. Ingin menunjukkan sifat yang mengambil berat terhadap sidia (^_^)
  • Resah gelisah apabila sidia tidak kelihatan atau tiada SMS. Kegelisahan ini mengganggu konsentrasi. (^_^)
  • Dihinggapi cemburu. Mula timbul rasa cemburu apabila sidia melayani orang lain walaupun kawannya sahaja. (*cemburu itu biarlah selepas waktunya). Sikap ini menimbulkan rasa mudah salah sangka. Tidak baik untuk perhubungan yang baru ingin dibina. (^_^)
  • Rindu atau apakah ertinya?? Akan mengalami kerinduan yang amat sangat pada sidia yang kita suka. Setiap saat teringat dia, terbayang tingkahnya, terdengar sayup suaranya. (^_^)
  • Berubah selera. Ternyata kehadiran sidia membuat jiwa anda menjadi melankolis. Sangat sensitif dan ingin selalu dilihat romantis. Sedangkan sebelum ini diri anda kaku dan sukar didekati. (^_^)
  • Lebih rajin dan prestasi kerja semakin meningkat. Ini kerana anda menjadi lebih bersemangat, kreatif dan berfikiran positif.(^_^)
  • Menjaga penampilan. Anda tidak mahu kelihatan sederhana bahkan anda selalu berusaha menonjolkan diri anda. Anda menjaga penampilan mengikut situasi dan tempat. Sering ingin kelihatan cantik apabila ingin berjumpa dengan sidia. (^_^)
  • Defensif. Untuk sidia yang kita sayang menjadikan kita menjadi seorang pembela. Andai ada yang bercerita tentang sidia anda akan membelanya. Anda bertekad untuk memiliki sidia. (^_^)
  • Walaupun anda tidak dilayan sidia tapi anda tidak pernah penat berusaha mendekati sidia. Anda terus cuba mendekati sidia walaupun sering dimarahi.(^_^)
Beri cinta kesempatan > "...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Yusuf : 87

Allah bagi kita 2 mata, telinga, tangan dan kaki..tetapi kenapa Allah bagi 1 hati? Ini kerana 1 lagi ada pada pasangan kita...Rasa kasih sayang dan cinta adalah anugerah Allah. Cinta menyapa sesiapa sahaja. Rasa cinta itu indah. Walau pahit tapi itulah penawar untuk kemanisan hidup.

No comments:

Post a Comment