Alhamdulillah tahun ini saya terlah berjaya mendapat lantikan tetap sebagai seorang pendidik..tapi sejujurnya kerja makan gaji memang bukan minat saya..sebab makan gaji ni sampai tengah bulan je habis dan tak cukup mana pun nak buat saving...senang cakap, TAK CUKUP!! Maka,atas "terpaksa" saya terpaksa meminati bidang makan gaji ini...
Kerana tiada minat...saya melakukan kerja dalam keterpaksaan..hasilnya saya menjadi seorang pekerja yang kurang baik di institusi saya dan memberikan masalah kepada team work. Makan gaji takkan menjadikan kita kaya..orang yang kaya adalah mereka yang berniaga..
Sesiapa pun bila ditanya pasti menjawab ingin buka perniagaan suatu hari nanti..sekarang pun ramai guru berniaga di sekolah walaupun sudah diberi pesan agar tidak melakukan sebarang urus niaga dibilik guru..tapi apa kan daya,desakan kehidupan dalam membangunkan negara maju agaknya...semua nak berniaga...kalau boleh setiap orang mahukan perniagaan sendiri yang 100% milik sendiri...
Tapi kenapa kita perlu bertangguh untuk memulakan perniagaan???
>> modal pendahuluan tak cukup
>> belanja sewa tapak tak ada
>> perancangan perniagaan masih lemah
>> perlu banyak rancangan pembaikan (renovation untuk tarik minat pelanggan)
>> perancangan hebahan dan promosi
>> risiko kerugian
>> persediaan modal pusingan tiada
>> komitmen masa dan tenaga
kerana alasan diatas ramai antara kita memilih untuk makan gaji kononnya ingin menyediakan simpanan untuk berniaga selepas bersara...tapi sedarkah kita akan mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan perniagaan tersebut..dan sekiranya perniagaan yang ingin dibuka itu sudah tidak sesuai dengan trend kehidupan pada masa itu,kita perlu merancang perniagaan baru..
((Sekiranya ada yang terbaca penulisan saya kali ini bolehlah menghubungi saya untuk berkongsi perniagaan...sama-sama menguruskan perniagaan sendiri..InshaAllah))
Jangan menjadi batu ditepi pantai yang dihempas ombak...kerana asyik dihempas ombak, batu itu akan terhakis..jangan terlalu selesa dengan kehidupan sekarang kerana masa hadapan lagi hebat desakan keperluan hidup..buka mata anda seluasnya melihat pembangunan depan mata...masa hadapan adakah anda ingin menjadi rakyat yang melihat kemajuan negara atau rakyat yang menikmati kemajuan negara?? Pilih sekarang!!
p/s : masa hadapan kita dilukis hari ini..hasilnya bermula dengan usaha sekarang...
pergh...Lama giler rasanya tak menulis blog...Apa ke yang den buek sampei tam sempat update blog ni tak tahu la...ini laa agaknya apa yang dikatakan kalau kerja memang tak pernah habis tu kot...realiti kehidupan yang menuntut manusia sentiasa sibuk..
(tapi jangan lupa sibukkan diri dengan Nya k..)
Apa yang telah dipelajari seminggu dua ini adalah kehidupan kita tak pernak bebas dari penjajahan... 31 Ogos 1957 Malaya telah bebas merdeka dari cengkaman.. Malaysiaku kini aman maksmur bahagia...Merdeka! Merdeka! Merdeka! Kita berjaya bebaskan diri....
Sebelum itu kita merayakan Aidil Fitri tanda kemenangan menahan diri dari lapar dan nafsu di bulan Ramadhan... Setelah sebulan berusaha mengejar pahala menambahkan amalan seharian.. Dari tidak pernah berzikir, bertahmid, bertahli dan bertadarus, kita melatih diri melakukan semua amalan tersebut... Dari bersolat yang ada lubang sana sini kita beruasaha agar solat fardhu penuh seharian ditambah lagi dengan solat terawih setiap malam...
Dan sekarang, diri ini mula merancang semula apa yang baik untuk diri setelah jatuh dari kelukaan yang dalam... Semoga dengan usaha yang sedikit ini akan terus aku istiqamah agar menjadi lebih baik..
p/s : Plan...to be a better person to all that loved me !!
Sekiranya cintamu itu benar...tentulah kamu mentaati-Nya, tentulah kamu mematuhi segala perintah-Nya kerana seseorang itu mudah mentaati orang yang dicintainya...jangan lebihkan cintamu kepada insan yang sementara berbanding cinta setia Pencipta yang Maha Esa"
Ujian ini sekadar peringatan buatmu hati yang semakin jauh melupakan pecinta setiamu...Dia merindukan rintihan mu...dia ingin dirimu kembali mengingati-Nya..dan Dia ingin kamu tahu yang Dia lah paling dekat denganmu...
Yakinlah wahai hati, Dia sediakan yang baik untukmu...sabarlah...andai masih juga tiada untukmu pasti ada yang Dia rencanakan untukmu...dekatilah Allah yang sentiasa sayangkan mu, pasti Allah sediakan orang yang menyayangimu dan Dia...
Sedarkah hati, sebelum ini semua yang kau minta Allah berikan..tetapi apa yang Allah minta ada kau berikan?
Janji Allah itu pasti wahai hati...tapi adakah kau menunaikan janji mu kepada Allah? Renungkan kenapa kau begini...
Tidak kah kau sedar bahawa Allah sangat rindukan mu?
Tidak kah kau terfikir yang Allah sangat sayangkan mu?
Bangunlah hati...kembali pada Allah yang sangat setia cintakanmu...
창밖에 비가 내리면 감춰둔 기억이 내 맘을 적시고 Jangbakke biga naerimyeon gamjwodeul gieokgi nae mameul jeoksigo When the rain falls out the window, the hidden memories drench my heart
잊은 줄 알았던 사람 오히려 선명히 또 다시 떠올라 Ijeun jul alrassdeon saram ohiryeo seonmyeonghi ddo dasi ddeoolla The person I thought I forgot clearly floats up in my head instead
내 사랑아 사랑아 그리운 나의 사랑아 Nae sarangah sarangah geuriun naeui sarangah My love, my love, my love who I long for
목놓아 불러보지만 듣지도 못하는 사랑 moknoha bulleobojiman deutjido mothaneun sarang My love, who I call out as loud as I can but can’t hear me
내 사랑아 사랑아 보고픈 나의 사랑아 Nae sarangah sarangah bogopeun naeui sarangah My love, my love, my love that I miss
그대 이름만으로도 베인 듯 아픈 사랑아 내 사랑아 Geudae ireumaneurodo bein deut apeun sarangah nae sarangah Just your name alone cuts me, my painful love, my love
창가에 어둠이 오면 Janggaye eodeumi omyeon When the darkness comes out the window
숨겨 논 추억이 내 맘을 밝히네 sumgyeo non chueokgi nae mameul balkhine The hidden memories light up my heart
내 사랑아 사랑아 그리운 나의 사랑아 Nae sarangah sarangah geuriun naeui sarangah My love, my love, my love that I long for
목놓아 불러보지만 듣지도 못하는 사랑 moknoha bulleobojiman deutjido mothaneun sarang My love, who I call out as loud as I can but can’t hear me
내 사랑아 사랑아 보고픈 나의 사랑아 Nae sarangah sarangah bogopeun naeui sarangah My love, my love, my love who I miss
그대 이름만으로도 베인 듯 아픈 사랑아 내 사랑아 Geudae ireumaneurodo bein deut apeun sarangah nae sarangah Just your name alone cuts me, my painful love, my love
우리 함께 웃음 지었던 순간 Uri hamkke useum jieotdeon sungan The moments we laughed together
우리 함께 눈물 흘렸던 순간 uri hamkke nunmul heulryeotdeon sungan The moments we shed tears together
이제 그만 보내지만 ije geuman bonaejiman- Now I let it go but-
내 사랑아 사랑아 고마운 나의 사랑아 Nae sarangah sarangah gomaun naeui sarangah My love, my love, love I am grateful for
내 전부 다 지운대도 가슴에 남겨질 사랑 nae jeonbu dasi undaedo gaseume namgyeojil sarang My love, that stays even if I erase everything
내 사랑아 사랑아 소중한 나의 사랑아 Nae sarangah sarangah sojunghan naeui sarangah My love, my love, my precious love
내 숨이 다 할 때까지 간직할 나의 사랑아 내 사랑아 nae sumi da hal ddaekaji ganjikhal naeui sarangah nae sarangah I will cherish you until my breath runs out, my love, my love
Allah telah kurniakan mata untuk manusia melihat...
Allah menciptakan telinga untuk manusia mendengar...
Allah menciptakan otak untuk manusia berfikir...
Sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat berkait rapat antara satu sama lain....bila melihat,lihat dengan mata hati, dengar kata hati dan sampaikan ia ke otak agar ia dapat diolah sewarasnya dengan betul...
Melebihkan Allah dari segalanya seakan kita menjadi hamba kepada harta... Melebihkan material, nafsu, pangkat dan darjat akan menyandarkan diri sehingga lupakan Allah yang sememangnya memiliki segalanya...jangan kita menafikan keagungan-Nya dan kesempurnaan-Nya.... Takutlah kita pada dosa yang terhijab...yang tanpa kita sedari kita telah pun berada dalamnya....iyya nau'zubillah
Hai anak Adam...sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharapkan keampunan Ku, nescaya Aku ampuni dosa yang telah kamu buat....dan Aku tidak peduli.
Hai anak Adam...andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon ampun, nescaya Aku ampunkan dan Aku tidak peduli...
Hai anak Adam...jika kamu menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi, lalu kamu tidak pula menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu dengan Ampunan sepenuh bumi juga.....
Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmizi
Aku memilih untuk berpisah...ya berpisah...kerna banyak dosa yang perlu ku tanggung atas lalainya aku bercinta...bercinta kerana nafsu semata...penampilan menjadi keutamaan...betulkan niat... Artikel dari laman www.iluvislam.com bertajuk "Nikmatnya perpisahan insan bercouple" banyak menyedarkan aku....
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu...dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu...Allah mengetahui,sedangkan kamu tidak mengetahui..." Surah al-Baqarah / 216
Aku perlu kehilangan dia agar aku tidak kehilangan Dia iaitu Allah...hanya satu.
Aku perlu serahkan hatiku pada Allah...ku mohon agar Allah temukan hatiku dengan dia yang juga mencinta Allah...Kalau kita jaga hati dengan Allah,Allah akan hiaskan hati ini dengan cinta-Nya jua...semoga cinta yang bakal datang akan sentiasa mekar kerana sandarannta juga adalah Zat yang Maha Kekal....
"Ya Allah...kurnikan daku perasaan cinta kepada Mu. Dan cinta kepada orang yang mengasihi Mu. Dan apa sahaja yang membawa ku menghampiri cinta Mu. Jadikanlah rasa cintaMu itu lebih aku hargai dari air sejuk yang menghilangkan kehausan orang dahaga. Ya Allah. sesungguhnya aku memohon cintaMu, dan cinta orang yang mencintaMu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu." Doa Nabi Daud
Apa sahaja yang dikurniakan Allah adalah nikmat...andaikata ujian ini nikmat, maka aku perlu bersyukur...kerana tanda Allah sayangkan Aku....Allah mahu aku kembali kepadanya...In sha Allah...aku perlu kuat melawan permintaan hati yang kadangkala dirajai nafsu.
"Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mencintai Allah,ikutilah daku...nescaya Allah akan mencinta kamu serta, mengampunkan dosa-dosa kamu dan ingatlah Allah Maha Penampun Maha Penyayang." Ali-Imran / 31
Aku tidak boleh tertipu dan terjerumus dalam cinta palsu atau cinta yang tidak cukup iaitu hanya dituturkan dalam kata. Aku perlu mencari cinta dengan redhaNya...Cinta yang sebenarnya ialah cinta Allah..cinta yang pernuh kepada kepatuhan apa yang disuruh Allah...jangan dekati lagi kemungkaran lalu. Aku perlu ikhlas mencintai seseorang...ikhlas cinta kerana Allah...
p/s : sakitnya aku kerana cinta hari ini kerana aku yakin Allah sediakan nikmat cinta yang akan datang..in sha Allah.
The voice I remember who call me Suddenly like a rainbow You were smiling
What is this feeling? With no advance notice From the time I met you Somewhat troubling in some way It’s likely to be so
Dazzling girl dazzling love This is this is love Dazzling girl dazzling love This is this is love love
You are such a beauty You are such a cutie You are such pretty You are such lovely
The day we can’t meet rainy day If I can draw you so happy Humming melody I hope it reaches you yeah
This feeling is again come floating Seems like nobody can stop it Really troubling what should I do? It’s likely to be so
Dazzling girl dazzling love This is this is love Dazzling girl dazzling love This is this is love love
Seductive-like glance cool Can’t afford to just stay still boom boom boom pow So give me give me give me You you falling for you now We after i’m addicited to you crazy Can’t believe you got me baby baby
So I belong only to you boom boom boom pow Like (example) far away no one will know Yours and my world let’s go search for it
stand by me...nal jikyeobwajwo ajik srang soetuljiman
neoreul bol surok gibuni johajyeo
nado mollae noraereul bulleo han songi jangmireul sago sipeojin ireon nae moseup singihande nae maeumi neo-ege danneundeutae i sesangi areumdawo ireon seolleimeul neodo neukkindamyeon budi jogeumman gidaryeojwo
Together make it love! Forever make it your smile! neoui hwanhan miso gadeukhi Together make it love! Forever make it your smile! ije naesoneul naesoneul jaba Stand by me nareul barabwajwo ajik sarangeul moreujiman Stand by me nareul jikyeobwajwo ajik sarange seotungeot gata
neoreul al surok gaseumi tteollyeowa naneun geujeo utgoman isseo neoege salmyeosi kiseu haebolkka jogeum ni mame dagaseolkka nae maeumi eojjeomyeon sarangilkka nan ajigeun sujubeunde ajik hangeoreumdo daga seojimotan naui sarangeul gidaryeojwo
Together make it love! Forever make it your smile! neoui hwanhan miso gadeukhi Together make it love! Forever make it your smile! ije jogeumssik jogeumssik galkke Stand by me nareul barabwajwo jomdeo gakkawo jigosipeo Stand by me nareul jikyeobwajwo jomdeo meotjige boigo sipeo
nan cheoeumen mollasseo nugungal baraboneunge ajikdo naemam molla geudaeneun geudaereul saranghae
Together make it love! Forever make it your smile! neoui hwanhan miso gadeukhi Together make it love! Forever make it your smile! ije naesoneul naesoneul jaba Stand by me nareul barabwajwo ajik sarangeul moreujiman Stand by me nareul jikyeobwajwo ajik sarange seotungeot gata
I wanna be Jessica....I want stand by KEY and HeeChul oppa....
hihi aku dengan kegilaan k-Pop sekarang...
Max Changmin from DBSK / TVQX
HeeChul from Super Junior
KEY from SHINee
deabak~ SM Town memang superb sbb boleh training artist diorang jadi Hallyu Idol...siapa yang tak kenal Super Junior? SHINee dan TVXQ mungkin laa tak ramai yang kenal tapi kumpulan-kumpulan ini ada kekuatan sendiri...
SHINee - dance group yang bolenh menyanyikan pelbagai genre...kekuatan vokal Jonghyun, Key dan Onew tak dapat dinafikan...Dancing Machine Teamin,maknae mennarik perhatian ramai noona kerana kecantikkannya...Flaming Charisma Minho memang memukau wanita dengan gaya manlynya...
TVXQ - Hanya tinggal berdua U-Know Yunho,leader dan Max Changmin,maknae mempunyai charm yang sangat tak dapat dinafikan hebatnya...tengok saja gerak tari mereka...sharp dan bertenaga...
Kim Joong Kook dilahirkan pada 25 April 1976. Tinggal di Anyang,Korea Selatan :)
Kim Jong Kook pertama kali memasuki industri muzik bersama kumpulan Turbo pada tahun 1995. Setelah kumpulan ini dibubarkan, Kim Jong Kook menjadi penyanyi solo bermula tahun 2001.
Kim Jong Kook mengeluarkan album "Han Nam Ja (One Man)" untuk karier solonya. Kim Jong Kook lebih terkenal dengan penampilannya dalam program X-Man.
Pada tahun 2005 Kim Jong Kook meningkatkan popularitinya dengan single "Lovable". Sehingga kini lagu ini masih mendapat tempat dihati peminatnya.
Pada 21 Januari 2006 Kim Jong Kook bersama rakan baiknya Jeon Hye Bin dan Im Tea Kyung telah turut serta dalam Thuy Nya dan mengadakan konsert bersama Night 81 di California dan Kim Jong Kook menyampaikan lagu "To Her Man"
Mac 2006 Kim Jong Kook mendaftarkan diri dalam latihan ketenteraan selama 2 tahun. Pada masa yang sama Kim Jong Kook telah menghasilkan albumnya yang keempat. Oleh kerana undang-undang Korea tidak membenarkan wajah artis yang mengikuti latihan ditayangkan maka album tersebut tidak dapat dipromosikan. MV "Saying You Love Me" telah menampilkan Yoon Eun Hye, tetapi watak Kim Jong Kook dilakokan oleh lain :)
Setelah tamat latihan Kim Jong Kook menampilkan diri dalam Familt Outing yang menampilkan Lee Hyori, Park Ye Jin, Kim Soo Roo, Kang Dae Sung (BigBang), Chun Hee dan Jung Shin. Dalam waktu ini Kim Jong Kook telah menghasilkan lagu "Virus Love"
Album kelimanya dikeluarkan pada 27 JAnuari 2009 dengan single "Don't Be Good To Me". Dalam MV "This Is The Person" Park Ye Jin telah membintangi video berkenaan.
Album, "The Elenth Story" merupakan album yang ke sebelas sepanjang kariernya dengan penghasilan 3 MV.
Kini populariti Kim Jong Kook lebih terserlah dengan penglibatan dalam Running Man pada Jun 2010 dengan gelaran "Commander" atau "SpartaKook". Running Man menampilkan Yoo Jae Suk sebagai MC, HaHa, Kang Gary, Ji Suk Jin, Song Ji Hyo, Song Joong Ki, Lee Gwang Soo. Dalam Running Man ini Kim Jong Kook telah mendapat anugerah dalam SBS Entertaiment Award, Best TV Star Award pada 2010 dan Excellent Award 2011 dalam anurah yang sama.
apa yang aku merepek nie?? aku bukan merungut pasal kerja k...tapi pasai peribadi ketika bekerja :)
Inilah yang menjadi gangguan hidup aku sekarang...KESIBUKKAN MENYIAPKAN KERJA...yer laa sekarang semua orang sibuk...yang disekolah guru-guru sibuk nak key-in markah murid, murid aku pulak sibuk nak berlatih kompang...(tahniah SKPK sebab jadi JOHAN peringkat Daerah), sibuk belajar memang tak pernah habis...yang masih pelatih macam aku nie sibuk dengan assignment lagi...semua orang disekeliling aku sibuk...senang cakap kalu tak pejam mata kerja takkan pernah habis...kerja tak pernah tinggalkan kita...tapi kita selalu tinggal kerja...betul tak??
aku dah beberapa hari sebenarnya sedar yang aku sering merungut bila aku buat kerja...bila aku merungut aku fikir balik, tak ikhlas ke apa yang aku dah buat? haa pernah tak korang berfikir macam aku fikir??
aku bukan laa baik sangat kalau nak bercakap banyak...tapi ini aku cakap tentang apa yang aku rasakan dan apa yang aku fikirkan...aku tengok balik diri aku nie...buat kerje banyak ke...cakap yang banyak??
yes...sebagai manusia kita selalu rancang nak buat yang terbaik..nak buat itu nak buat ini...tapi sedar tak dalam kita rancang tu kita mesti sebut "kalau" ataupun "nanti"...makna kata disini, kita mengharapkan kita akan buat semua tu dan make it real...tapi kita buat ke??
bila aku berfikir macam nie aku mula merancang untuk kurangkan bercakap, kalaupun aku inginkan sesuatu tu biar aku buat dulu dan cadangkan bersama kalau perlu...baru aku canangkan apa yang aku nak...huhuhu harap bolehlah jadi kenyataan apa yang aku fikirkan nie...
kalau nak bercakap banyak, biarlah sumbangkan idea yang dapat meningkatkan mutu kerja kita...sejak buat assignment nilai dan etika kerja penjawat awam ni banyak bagi aku kesedaran melakukan kerja dengan tanggungjawab dan berdedikasi...kalau boleh elakkan dari bangga diri dan riak...janganlah bercakap yang sia-sia...lagipun masa BIG dulu ada pensyarah aku cakap, manusia nie kalau bab cari yang salah laju je tapi kalau nak minta betulkan salah tak ada pun...paling penting biarlah kerja kita tu menyumbang kepada pembangunan Islam...kita diakhir zaman kan...
kenapa dengan ayat last tu?? dalam pepatah ada mengatakan "bila bekerja,kerjalah seperti kamu akan hidup selamanya didunia, dan bila beribadah, beribadahlah seakan-akan kamu akan mati esok hari" makanya ambillah nilai murni disini. Jadikan kerja kita satu ibadah agar Allah berkati rezeki halal kita..InshaAllah