Saturday, 17 March 2012

:: Cuti Sekolah ::

>> Cuti sekolah dah mula tapi dah nak habis dah pun nie...masih tinggal beberapa detik sebelum ianya berakhir...
plannya cuti nie nak settlekan jurnal dan segala benda yang nak kena touch up untuk praktikum nie..tapi kalau dah namanya cuti takkan nak kerja jugak kan...so aku pun mengambil peluang yang ada untuk berjalan-jalan bersama k.Yaya dan Mus...yeah...I have a best holiday in Sabah...maklumlah kan....orang balik Kedah tapi aku tak...

sebenarnya idea dan keinginan nak bercuti nie lepas kami outing tengok wayang "Cinta Kura-kura" di 1Borneo
tq k.Yaya yang sanggup tekan minyak sebab kejar tiket wayang..hihihi

lepas tu mula merancang aktiviti yang best jugak laa bersama Mus...kami pergi ke Rumah Terbalik di Tamparuli...untung kalau bawak kad matrik hari tu..huhu
Harga Tiket : Dewasa : RM10 (warganegara - show IC)
Kanak-kanak : RM 5 
Student : RM 5 (show kad matrik)

haa mula dah cuti sekolah...apa lagi...outing laa kami...
jalan-jalan bawak Danny,k.Aten n K.yaya....jalan-jalan diSuria Sabah
sedapnya cream brulee....hurmm melting in mouth :P kalau nak try p laa makan di Le Safran
lepas jiwa kacau di Bowling :) enjoy....

Dae datang dari Kudat...aku ajak k.Yaya pergi zoo...ajak Mus sekali...sama kawan dia Zam..
Lok Kawi Wildlife Park
Harga tiket : Dewasa - RM10 (Warganegara)
RM 20 (Bukan Warganegara)
Bawah 18 tahun : RM 5 (Warganegara)
RM10 (Bukan Warganegara)
Atas 60 Tahun : Free (Warganegara)
OKU : Free (Warganegara)

Dah penat berjalan destinasi seterusnya ialah makan...kami menuju ke Fullhouse,Suria Sabah.
tempat yang best untuk bersantai dan makan...decoration menarik dan makanan sedap paling penting harga berpatutan...lepas nie ada laa port baru nak makan sambil lepak...
walaupun restoran nie dalam shopping mall tapi decoration dan konsepnya membuatkan kita berada di tempat yang lain yang menenangkan...try laa datang sini :)

haa kalau sebelum nie tempat yang dituju di tengah bandar...pagi nie aku melangkah ke sebuah pekan kecil...kami meneroka Tamu Dongongan...tamu atau dikenali sebagai pasar tani atan nat...ia dibuka 2 hari iaitu Khamis dan Jumaat...besar dan banyak peniaga disini....Dirasmikan oleh YAB Datuk Joseph Pairin pada  16 Mei 1993...tahun depan 10 tahun laa tapak tamu nie...best...antara yang menarik ialah gerai menjual aksesori pakaian Kadazan...haa saiap tugu tu?? Itulah Datuk Peter Mojuntin.

haa pemandangan yang indah nie adalah tempat yang sangat hampir dengan kediaman aku sekarang...iaitu di puncak Bukit Vor. Disini terletaknya Balai Cerap untuk melihat anak bulan atau gerhana...kalau masa nak tengok anak bulan Ramadhan, ramai laa orang...kalau ada peluang nak jugak laa sekali masuk balai cerap nie...dapat peluang belajar Falak sikit..sijil pun dapat...


p/s : harap sangat ada peluang daki Gunung Kinabalu dan pergi Simpang Mengayau...

Tuesday, 6 March 2012

:: Aku ::




Cinta yang berlandaskan Keridhoan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Surga dari-NYA..
Cinta yang akan membawa keberkahan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..
Aku dipertemukan oleh insan pilihan-MU..

Seseorang yang hatinya terpaut pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..

Aku ingin mencintainya secara sederhana..tanpa menyusahkannya..
Tanpa membebaninya..aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana..
Sesederhana aku mencintainya..biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-MU..
Menyemai Kerinduan akan Wajah-MU..
Sebelum bertemu dengannya diPerbatasan Waktu

Sunday, 5 February 2012

Hati Ini by Tasha Manshahar

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia
Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nantikan kamu…
Sayangku..Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..


mood : sangat rindu...

pesan k.yaya ~ got to have extra patience if u want to become the one. mesti banyak sabar, toleransi.. arasso??



Monday, 30 January 2012

:: Praktikum ::


habis cuti aku mengadap semua benda-benda alah nie..macam-macam jadi...tu belum masuk soft board yang tak tau laa nak buat apa lagi lepas nie...

ingat senang je nak praktikum nie...tapi rupanya-rupanya banyak kena buat...tu laa masa ada dulu ambil lewa je....hahahaha karma~(sambil layan AJL 26)

rasanya nak menulis rancangan pengajaran harian lepas ni baru laa merasa sakitnya...nak mikirkan set induksi...adess terngadah laa kawe weh....huhuhu

haa nie laa antara situasi dimana port aku menghadap dan memprint segala apa ntah...

tu dia....penuh meja...tak cukup satu meja..atas printer pun penuh..hahaha

selesai make over aku punya fail persediaan mengajar dan portfolio praktikum....berpinor mata aku...:)

here is it....aku punya simple portfolio fail @_@

aku miss simple...macam tu laa jugak aku punya fail persediaan mengajar ^__^


time nie aku tak tulis lagi rancangan persediaan mengajar harian sebab yang dah siap kat sekolah..nak tulis takut nanti tak tally...(alasan baik der...huhu)

Saturday, 28 January 2012

:: Ayat Kursi ::

:


Ayat Kursi ( surah al-Baqara ayat 255)


Dibaca ketika :


> hendak keluar : 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi...


> hendak masuk rumah : kemiskinan tidak mengikut kamu masuk ke dalam rumah...


> selesai berwudhuk : darjatmu akan diangkat 70 tingkat...


> hendak tidur : malaikat memelihara kamu dari saat mata terpejam hingga ke pagi...


> setelah selesai solat : maka jarak kamu ke syurga hanyalah kematian...






Wednesday, 18 January 2012

Lagu Tema HIMPUN - Selamatkan Akidah [HD]



Ayuh kita bersama satu hati suara..
Meluahkan rasa gundah dijiwa..
Gejala melanda aqidah umat dicabar..
Marilah kita pertahankannya...

Bersatu suara dan satu usahan..
Berganding tangan menggapai cita..
Tiada mustahil jika umatnya terus bersama..
Dengan keizinan Allah yang Maha Esa...

Andainya warga bersatu kan gentar seteru..
Angin sengketa pun takkan mampu bertiup..
Keimanan yang utuh..tidakkan mudah runtuh..
Biarpun dihasut musuh-musuh agama

Mantap aqidah..kukuh agama..
Perkasa ummah..teguh agama..
Tak kira warna kulit dan bangsa..
Erti bersaudara...

Marilah kita bersama zahirkan rasa keprihatinan..
Dalam usaha selamatkan aqidah umat...

Lagu : Isman Hijjaz
Lirik : Atie

:: Cinta ::

Cinta adalah kekuatan yang mampu;
   mengubah duri menjadi mawar,
   mengubah cuka menjadi anggur,
   mengubah sedih menjadi riang,
   mengubah sendu menjadi tawa,
   mengubah musibah menjadi muhibbah...
Ini kerna cinta adalah penawar dan rasa yang paling indah dari Allah....

Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membentuk kita agar selalu kuat semangat kerana pengalaman dalam lukanya bercinta membentuk diri kita yang baru...pernahkah anda berfikir,walaupun sekali anda putus cinta..luka kerana cinta tetapi dalam tak sedar anda memulihkan diri dan bangun dengan sendiri kerana ujian cinta itu menjadi kekuatan untuk anda...


Pernahkah anda berfikir bahawasanya cinta menyapa sesiapa saja...secara ringkasnya kita nilai cinta Nabi Adam dan Hawa yang dikurniakan Allah..Walau bertahun berpisah bila bertemu kemabali cinta lama tak mustahil lagi cinta itu hadir menyapa lagi...kalau dilihat sendiri banyak kisah cinta tercoret..banyak warna warninya...memanga indah walaupun ada warna hitam dipalit.

Dari saat kita didalam perut ibu lagi rasa cinta disemai...Allah berpesan kepada si anak andai dia melihat dunia nanti,sayangi dan cintailah ibu mu...Saat keluar dari rahim,berada dalam pelukan ibu sudah terasa hangatnya kasih cinta si ibu...Ayah datang mengalun azan,terasa cintanya ayah pada zuriatnya...Cinta tak mengenal siapa.

Saat membesar...melihat itu melihat ini...semua kemahuan dituruti ibu bapa dengan penuh ikhlas hati agar si anak gembira...Cintanya ibu bapa teradap anak tak mengira jerih perih berusaha mencari rezeki agar sianak besar sempurna...Cinta tak mengenal apa...

Kalau direnung lautan luas,mengarang lembaran cinta dengan berdakwatkan air laut manakan habis ceritera cinta. Lembaran yang penuh cerita yang takkan habis kerna cinta terbesar dan selamanya adalah cinta kita kepada Allah s.w.t...