Friday, 11 November 2011

:: Muhasabah Diri ::

Oh Tuhan...hambamu ini kekeliruan..
sukar mencari jalan yang benar kerna dipagut hasut dunia..
mencintai yang lain lebih darimu..
Oh Tuhan hidayahmu pernah hadir
hingga kering air mata ku menitis
namun terkadang aku berpaling kerna mengejar nikmat dunia sementara..
Hari ini ku bimbangi jika terakhir hidup adakah lagi subuh esok..
untuk ku bernafas dan sujud mengabdi padamu ooh tuhan...
berikan daku kesempatan menebus kesalahan lantaran dosa dan noda dan sengaja melupakanmu...
hadirkan damai sebelum dihujung nafasku...
Oh Tuhan berikan daku petunjuk mu untuk ku meniti ke jalan redha mu..
izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru..
taubat nasuha setulus untuk Mu...

andai aku dapat menulis nota-nota cinta buat diri Nya...
ingin ku titipkan bersama semua kuntuman bunga yang indah berseri..
 ku sembur haruman mewangi bersama kata-kata puji..
sedang dia tahu kasih dan cintanya aku menjalin ikatan menuju ke syurga..
cintaku kepada dia...
rinduku hanya padanya...
kasihku tulus buatnya...
setiaku balas kasihnya...
kasihku kasih yang setia pada yang punya...
dambaku pada yang esa..
pujian hanya buatnya...
akurku kebesarannya...
teragung maha sucinya...
taat ku hamba yang hina pada pencipta...
kiranya ku hilang arah...jalan hidupku belum berpunah...
lindung kasihnya tak pernah akan musnah...
jelas rahmatnya terus mencura-curah...
nur hidayahnya semakin cerah...

Wednesday, 12 October 2011

:: Hormon-hormon jatuh cinta ::

















Ada beberapa hormon yang bertangungjawab dalam membuat manusia hilang arah saat jatuh cinta selain dari hormon utama Phenylethylamine.

selain itu beberapa hormon lain ialah :

> Pheromones
---Jika kamu dambakan seseorang, maka tubuh akan secara automatik mengeluarkan wangian khusus. Jika dia yang kamu cintai merasa sesuai dengan wangian tersebut, maka cinta pun akan terbalas.

> Ocytocin
---Hormon yang membuat seseorang merasa ingin selalu dipeluk dan dicium oleh sidia yang dicinta. Sangat berpengaruh dalam merapatkan hubungan.

> Vasopressin
---Hormon yang mempengaruhi tingkah laku seksual seseorang dan tingkat kesetiaannya. Semakin tinggi kadar vasopressin anda maka bertambah setia anda kepada sidia.

> Dapomine
---Hormon ini bekerja pada penampilan fizikal sehingga membuat anda kelihatan bertambah cantik/kacak dan berseri. Jadi untuk menaikkan seri jangan takut untuk jatuh cinta.

> Neuropinephrine
---Hormon pemetik semangat. Ia membantu aliran darah untuk mengalir lebih cepat sehingga tubuh merasa bertenaga dan gembira. Ini terbukti kerana orang yang jatuh cinta selalu gembira.

Ya Allah yang membolak balikkan hati kami
Selama ini tidak pernah aku tahu bagaimana rasanya bercinta
Namun ku berharap
bila cinta hadir datang menyapa
aku tidak akan kehilangan Engkau...
Ya Allah,
Selama ini aku berharap semoga dapat mencintai
Orang yang memiliki cinta yang luar biasa pada Mu...
Ya Allah,
Selama ini juga aku berharap semoga akan dicintai
Oleh orang yang dapat memimpinku menuju redha Mu...
Pintaku Ya Allah,
Izinkan aku memiliki rasa ini
Hingga ia menjadi indah dalam hati kami
Tanpa ianya mengurangi rasa cinta kami kepada Mu Ya Allah...

:: Tanda-tanda jatuh cinta ::

"Dan segala sesuatu Kami jadikan berpasang-pasngan agar kamu sekalian berfikir." Adz-Azaariyat : 49
  • Sukar memejamkan mata - bak kata orang lama tidur tak lena. Kadangkala dalam tidur pun terfikirkan sidia. (^_^) sehinggakan terbawa-bawa dalam mimpi. Bermimpi untuk bersama sidia.Membina masa depan bersamanya.
  • Perasaan sering berdebar. Menjadi tak keruan apabila bertemu. Selalu rasa ingin berjumpa dan teruja bila ada sebab untuk berjumpa.(^_^)
  • Suka bertanya khabar. Ingin menunjukkan sifat yang mengambil berat terhadap sidia (^_^)
  • Resah gelisah apabila sidia tidak kelihatan atau tiada SMS. Kegelisahan ini mengganggu konsentrasi. (^_^)
  • Dihinggapi cemburu. Mula timbul rasa cemburu apabila sidia melayani orang lain walaupun kawannya sahaja. (*cemburu itu biarlah selepas waktunya). Sikap ini menimbulkan rasa mudah salah sangka. Tidak baik untuk perhubungan yang baru ingin dibina. (^_^)
  • Rindu atau apakah ertinya?? Akan mengalami kerinduan yang amat sangat pada sidia yang kita suka. Setiap saat teringat dia, terbayang tingkahnya, terdengar sayup suaranya. (^_^)
  • Berubah selera. Ternyata kehadiran sidia membuat jiwa anda menjadi melankolis. Sangat sensitif dan ingin selalu dilihat romantis. Sedangkan sebelum ini diri anda kaku dan sukar didekati. (^_^)
  • Lebih rajin dan prestasi kerja semakin meningkat. Ini kerana anda menjadi lebih bersemangat, kreatif dan berfikiran positif.(^_^)
  • Menjaga penampilan. Anda tidak mahu kelihatan sederhana bahkan anda selalu berusaha menonjolkan diri anda. Anda menjaga penampilan mengikut situasi dan tempat. Sering ingin kelihatan cantik apabila ingin berjumpa dengan sidia. (^_^)
  • Defensif. Untuk sidia yang kita sayang menjadikan kita menjadi seorang pembela. Andai ada yang bercerita tentang sidia anda akan membelanya. Anda bertekad untuk memiliki sidia. (^_^)
  • Walaupun anda tidak dilayan sidia tapi anda tidak pernah penat berusaha mendekati sidia. Anda terus cuba mendekati sidia walaupun sering dimarahi.(^_^)
Beri cinta kesempatan > "...dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." Yusuf : 87

Allah bagi kita 2 mata, telinga, tangan dan kaki..tetapi kenapa Allah bagi 1 hati? Ini kerana 1 lagi ada pada pasangan kita...Rasa kasih sayang dan cinta adalah anugerah Allah. Cinta menyapa sesiapa sahaja. Rasa cinta itu indah. Walau pahit tapi itulah penawar untuk kemanisan hidup.

Friday, 7 October 2011

:: PKF 8293 ::

Haa tadi bercerita tentang rumah...ni tentang my VIVA pulak...VIVA ku dilahirkan pada 8 September 2011...:)




haa disebabkan kereta ini tak sampai lagi sebulan makanya memang asli laa kereta ni...hihi tak ada kena modified lagi :)

:: Aku disini ::

Haa selepas hari tu emak ku menelefon...aku baru teringat nak menceritakan tentang aku disini...
Aku menentap di Taman Pasir Putih,Putatan...bukan Pasir Putih,Kelantan..hihi 
Yang ini sebenarnya rumah sewa kedua disini...sebab kami berpindah sebab rumah sewa lama tu hendak dijual..mahal juga laa sewa rumah yang lama tu..yang nie sesuai laa sikit walaupun agak masuk dalam jugak la dari kawasan pusat bandar...tapi senang je kalau nak cari sebab depan rumah ni terus Kompleks Belia dan Sukan....

yang ni sebelum melangkah masuk :)
 
masih tak boleh masuk..hihi
masuk sudah....

inilah keadaan ruang tamu...
 Disebabkan rumah ni baru saja sebulan makanya hanya ada seketul tv untuk tontonan bersama...hihi Yang ini saja yang ada diruang tamu...kawasan selebihnya adalah untuk kawasan Ziyad Iman main...
inilah hero dlam rumah sewa tu...anak k.ra :)

Ok...dah masuk rumah inilah bilik yang paling adorable dalam rumah tu..jeng jeng jeng....


dalam pic tengok ngam jugak hijau ngan pink kan..hahaha....
haa nilaa sorang peneman tidurku kadang-kadang...:P
jom tengok satu-satunya kawasan yang paling luas dalam rumah nie...
haa kan..luasnya boleh buat satu lagi bilik...hihi :)

haa inilah rumahku di sini......^__^ alhamdulillah selesa walaupun ada kalanya rasa nak sangat balik Kedah sebab ada yang tak ada disini....

Sunday, 2 October 2011

Hatiku Milikmu

Pernahkau engkau hargai,
Cintaku yang sejati,
Pernahkah engkau mengerti,
Akan diriku ini...
Betapa hebatnya cintamu,
Memberiku sejuta pilu...
Betapa agungnya asmaramu, 
Membuatku terpaku...
Disisimu aku terdiam seribu bahasa,
Dihatiku bergetar sejuta rasa,
Namun sukar ku meluahkan ku cinta padamu...
Nafasku terhenti bila melihat dirimu,
Terasa pantas degupan jantungku,
Mungkinkah hatimu milikku jua...Ku sayang padamu...
Kan ku abadikan dikau,
Suatu kenangan yang manis,
Yang tak mungkin aku lupa...untuk slamanya...
Kan ku coretkan kenanganmu,
Dalam sanubariku ini,
Agar jadi yang terindah dalam hidup ku ini.....


sesungguhnya ke benar sayang kamu..ku ingin bersamamu...namun adakah kau mengerti atau sengaja buat tak endah....
setiap kali ku bersamamu ku seakan tidak mahu berpisah namun bila saatnya kita berjauhan,dikau jarakkan lagi rasa ini...kadang ku rasa kita dekat tapi acap kali ada rasa kau mahu menjauh...


ya memang bukan saatnya lagi untuk kita rasai semua ini tetapi kenapa harus titipkan rasa itu untukku...acap kali aku menangis kerna rindukanmu...namun yang pasti tangisan itu sia-sia kerna kau sengaja membatu hati buat tak tahu...
saat kau ingin diriku...kau hadir dan membahagiakan ku...aku rasa kau juga sayang aku kan...tapi kenapa??

huhu memikirkan perasaan yang tak pasti memang tiada hujungnya...٩(●̮̮̃•̃)۶

Thursday, 29 September 2011

:: Ceritera Cinta ::

Ramai yang sudah tahu cerita ini rasanya... ::

> dalam mengenal cinta sejati kadang-kadang kita sendiri buta hati walaupun kita celik mata 

Seorang lelaki buta ditanya teman wanitanya...''Bilakah kamu akan berkahwin dengan ku? ''. Jawab lelaki tersebut menjawab,"Setelah aku dapat melihat nanti'' walaupaun lelaki tersebut buta tetapi wanita tersebut tetap setia menyayanginya...


tidak lama kemudian lelaki itu mendapat penderma untuk matanya. Saat dia membuka matanya dia terlihat teman wanitanya disisi. Alangkah terkejutnya dia bila melihat bahawa teman wanitanya itu juga buta. Sekali lagi wanita itu bertanya,"Adakah kamu akan mengahwiniku?'' Lelaki itu pantas menggeleng dan menolak. Wanita itu berlalu dan berkata, " Jagalah mata ku itu..itu tanda aku benar-benar cinta kamu..."


Makanya wahai lelaki diluar sana...jangan mudah menolak cinta lama kamu seandainya kamu mendapat nikmat baru...hargai la cinta si wanita yang tulus setia disisi kamu walau susah mahupun senang..Memang kita wajar memilih namun kita juga harus prihatin menjaga teman susah kita..Siapa kita kalau tiada mereka disisi..

Kisah nostalgia lalu ku ukir di batu agar ia tidak hilang,
Lakaran duka kita ku karangkan dipasir agar hilang ditiup angin,
Dengarkan karangan hatiku ini,


Adakah seorang insan yang mengerti,
apakah erti kehidupan, ku cari cinta sejati,
namun yang kutemi hanyalah sebuah mimpi,
apakah salah hati ini,
apalah arti semua ini,
sudah banyak hari kujalani,
tanpa tujuan yang pasti seakan semua ini hanya ilusi,
namun ku pasti hanya Tuhan yang mengerti..